JEJAK SEJARAH ANBIYA (DECEMBER 2017)

Palestine - Amman - Petra - Wadi Rum

ATURCARA PERJALANAN
7 Hari 5 Malam - Qatar Airways
3 Malam Jerusalem + 1 Malam Amman + 1 Malam Petra (Wadi Rum)

 

HARI PERTAMA (L, D) : Lapangan Terbang Amman - Bermalam di Wadi Rum

  • Ketibaan di Lapangan Terbang Amman dan dijemput oleh wakil tempatan tours. Kemudian para Jemaah akan dibawa ke kem Wadi Rum untuk mengalami malam budaya dan ketimuran suku kaum Badwi. makan malam di Kem Wadi Rum dan bermalam disana.

HARI KEDUA (B, L, D) : Lawatan ke Petra - Hotel di Amman

  • Sarapan diikuti dengan lawatan sepanjang hari ke Kota Nabatean di Petra yang merupakan tarikan terkenal di Jordan. Nabatea membawa maksud 'batu' dalam Bahasa Yunani. Ia merupakan kota lama yang menakjubkan yang masih wujud dalam dunia moden ini. Kota ini dahulunya ibukota warga Nabatea-Arab yang menguasai tanah Jordan pada zaman pra-Rom dimana mereka mengukir candi-candi, makam-makam dan banggunan-banggunan rumit daripada batu keras. Pengembara dan penyajak Victoria iaitu Dean Burgon memberikan Petra sebuah deskripsi yang masih kekal sehingga ke hari ini. "Padankan kepada saya ketakjuban di pendakian Timur, dengan kota berona merah berusia separuh tuanya masa." Namun kata-kata ini tidak dapat menggambarkan ketakjuban sebenar Petra ini.
  • Untuk menikmati atmosfera ketakjuban peradaban lama ini, lawatan kebiasaanyya dianjurkan pada awal pagi atau lewat petang ketika batu-batu pasir merona merah dengan hebing kehebatannya. Kemudian pulang semula ke hotel di Amman untuk makan malam dan berehat.

HARI KETIGA (B, L, D) : Jericho - Dead Sea - Nabi Musa - Mount of Olives - Jerusalem

  • Sarapan diikuti perjalanan ke Allenby Bridge untuk merentas sempadan. Lawatan ke Kota Jerichi yang merupakan kota paling tua di dunia diikuti lawatan ke kawasan terendah di dunia iaitu Laut Mati yang mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi serta lumpurnya kaya dengan mineral.
  • Lawatan diteruskan dengan menziarahi Makam Nabi Musa A.S. Kemudia para Jemaah dibawa ke Mont of Olives yang meruakan permatang gunung yang terletak bersebelahan timur Kota Lama jerusalem. Ia dinamakan sedemikian kerana cerun di sana dahulunya diliputi oleh kebun zaitun.
  • Kemudian jemaah dibawa ke Jerusalem untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya di Masjid Al-Aqsa, diikuti makan malam & berehat di hotel di Jerusalem.

HARI KEEMPAT (B, L, D) : Jerusalem - Hebron - Bethlehem

  • Sarapan di hotel. Kemudian lawatan sepanjang hari ke Kota Lama jerusalem di mana kawasan tersebut meliputi keseluruhan Jerusalem. Kota Lama Jerusalem mempunyai beberapa tapak kepentingan agama; Dome of the Rock (Kubbat Al-Sakhrah) & masjid Al-Aqsa. Pasar-pasar lama dan Masjid Omar turut dilawati.
  • Lawatan disusuli ke Kota Bethlehem yang merupakan Kota Palestin yang terletak di selatan Jerusalem di Tebing Barat. Ia dipercayai merupakan tempat kelahiran Nabi Isa A.S yang merupakan tapak lawatan utama orang Kristian. Tempat kelahiran Nabi Isa A.S ditandakan dengan bintang perak didalam sebuah gua kecil dalam Gereja Nativity yang berusia 6 abad. Kawasan tersebut turut berkongsi tapak dengan Manger Square bersama-sama Gereja St Catherine & Masjid Omar 1860.
  • Lawatan diteruskan ke Hebron untuk melawat Masjid & Makam Nabi Ibrahim A.S. Kemudian kembali ke hotel untuk makan malam & berehat.

HARI KELIMA (B, L, D) : Solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa - Rabiatul Adawiyah - Nabi Daud - Salman Al-Farisi

  • Sarapan, kemudian Jemaah akan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa. Selepas Solat Jumaat, jemaah akan dibawa menziarahi Makam Rabiatul Adawiyah, Makam Nabi Daud A.S & Makam Salman Al-Farisi.
  • Kemudian pulang semula ke hotel di Jerusalem untuk makan malam & berehat.

HARI KEENAM (B, L) : Abu Ubaidah - Nabi Yusha - Ashabul Kahfi - Lapangan Terbang

  • Selepas sarapan, jemaah akan dibawa ke sempadan Jordan. Selepas itu, lawatan dimulakan dengan menziarahi Makam Sahabat Rasulullah S.A.W iaitu Abu Ubaidah Abir Bin Jarrah yang merupakan salah satu sahabat Rasulullah S.A.W. Beliau dahulunya merupakan komander di sebahagian besar Ketenteraan Rashidun ada masa pemerintahan Khalifah Umar dan tersenarai sebagai pengganti yang dilantik oleh Umar untuk meneruskan Pemerintahan Khalilfah.
  • Lawatan diteruskan dengan melawat Makam Nabi Yusha Bin Nun A.S yang merupakan seorang nabi yang rapat dengan Nabi Musa A.S serta menggantikanya sebagai pemimpin Bani Israil selepas kewafatannya. Beliau dikenali sebagai Joshua dalam Bible. Nabi Yusha A.S turut merupakan cicit kepada Nabi Yusuf A.S.
  • Kemudian jemaah dibawa untuk melawat Ashabul Kahfi dimana 7 orang pemuda melarikan diri dari seorang raja pagan & Allah S.W.T menyebabkan pemuda-pemuda ini tertidur selama 309 tahun seperti yang dikisahkan dalam surah Al-Kahfi dalam Al-Quran. Gua ini terletak di daerah Abu Alanda di Amman.
  • Selepas itu para Jemaah akan dibawa ke lapangan terbang Amman untuk bertemu dengan wakil travel untuk bantuan dan perkhidmatan sebelum penerbangan kembali ke tanah air.

 

 

HARGA PAKEJ TERMASUK

Perkhidmatan & bantuan di lapangan terbang pada ketibaan dan perlepasan oleh wakil travel.

Pengangkutan berhawa dingin

Escort guide yang profesional

Yuran masuk tempat lawatan yang dinyatakan dalam aturcara program

Makanan fullboard (bermula dari saapan pada ketibaab dan berakhir dengan makan malam sebelum perlepasan

Kesemua Visa & cukai perlepasan di Jordan & Jerusalem

Horse Riding di Petra sebanyak 800m sehingga ke Canyon

Tips pemandu pelancong & driver

Air mineral dalam bas dan pada waktu makan

PAKEJ TIDAK TERMASUK

Minuman ringan & perbelanjaan peribadi

 

 

INTERNATIONAL / LOCAL HOTEL  
JERUSALEM  METROPOLE HOTEL / SETARAF - ⭐ ⭐ ⭐ (fullboard)
AMMAN  AL FANAR HOTEL / SETARAF - ⭐ ⭐ ⭐ (fullboard)
PETRA  WADI RUM CAMPSITE - Standard (fullboard)

CALL US FOR BOOKING

Phone : +603 4041 1953, +603 4042 1953, +603 4043 1953
HP: 016 344 2164

Business Hours:
Weekdays: 8.30am to 6.00pm
Saturday, Sunday & Public Holiday: Close